Terengganu Larang, Melaka Wajib…Ehhh! Baca Artikel Ya

Dah lebih seminggu kita puasa. Sekejap je rasa. Nak masuk separuh Ramadan dah. Alhamdulillah. Oh ya, kalau sesiapa pergi bazar Ramadan nampaknya dah makin OK semuanya. Maksud KJ pasal SOP terutama penjarakan fizikal.

terengganu larang, melaka wajib…ehhh! baca artikel yaBERNAMA (foto hiasan)

Kat Terengganu misalnya sekarang ni kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dilarang masuk ke bazar Ramadan. Elok sangat bagi pendapat KJ. Sebaiknya yang masuk tu biarlah yang pegang duit dan nak beli barang. Bukan tukang jamu mata aka pengiring sampai 5 orang…hehehe…Bukan tu tu je, PBT pun disaran buat sistem nombor giliran. Sebab apa sebelum ini pernah je nampak dibawaknya sekeluarga melawat bazar Ramadan. 4 generasi sekali! Tok nenek, abah mak…ehhh! cucu dalam stroller pun bawak. Seram KJ tengok. Bukan cari makanan dah tu. Carik nahas namanya. Virus COVID-19 ni tak pilih mangsa. Aduh!  

Kat Melaka pulak semua bazar Ramadan diwajibkan mengaplikasikan sistem kupon! Arahan ni dikuat kuasakan serta-merta sebab nak mengawal kapasiti pengunjung. Ha ni pun elok sesangat dalam situasi kes COVID-19 kembali naik sekarang ni.

terengganu larang, melaka wajib…ehhh! baca artikel yaMKN (foto hiasan)

Pasal balik raya rasanya dan boleh mula slow-slow terima yang kita mungkin tak dapat balik kampung. Bab bazar Ramadan ni pulak harap-harapnya takdelah lagi kes kena tutup sebab tak patuh SOP. KJ faham ni antara kemeriahan Ramadan yang semua rindu dalam keadaan ada banyak cabaran dan ujian untuk kita sekarang. Kita semua pun faham yang paling utama ibadat puasa kita tenang dan aman sampailah ke Syawal nanti. Allah uji sebab kita mampu. Salam Ramadan ke-11 dan selamat bertarawih.   
 

 

Oleh: KJ 

Sumber & foto: BERNAMA, AWANI, Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, Utusan Malaysia & internet