Team Raya KL Boleh Shopping Sini

Hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum Ramadan berlalu pergi.

berkonsepkan rimbunan raya, fahrenheit88 tawar pelbagai bazaar ramadan dalam satu bumbung

Tahun ini bakal menginjak tahun kedua yang mana umat Islam beraya dalam suasana norma baharu. Namun harapnya ia tidak memudarkan semangat dan kemeriahan dalam kalangan kita semua buat menyambut kedatangan Syawal, biarpun ada yang terpaksa berjauhan daripada keluarga di rantaun.

Sehubungan dengan itu, untuk mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur khususnya, bolehlah datang ke Fahrenheit88 untuk berbelanja raya, tambah lagi pusat beli-belah yang terletak di Bukit Bintang itu kini hangat dengan pelbagai tawaran dan promosi.

berkonsepkan rimbunan raya, fahrenheit88 tawar pelbagai bazaar ramadan dalam satu bumbung

Bertemakan Rimbunan Raya sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, suasana di pusat beli-belah ini dimeriahkan dengan dekorasi menarik berserta hiasan lampu perayaan yang pastinya bakal menjentik perasaan nostalgia beraya yang meriah.

Buat mereka yang tercari-cari kuih mahupun biskut raya, Fahrenheit88 menyediakan “Bazaar Raya” yang turut menjual pelbagai jenis cenderahati lain! Sementara itu, untuk mereka yang mengidam kudap-kudap dan manis-manisan pula, boleh singgah ke “Kriup Kriup Bazaar” yang beroperasi di tingkat dua pusat beli-belah tersebut.

berkonsepkan rimbunan raya, fahrenheit88 tawar pelbagai bazaar ramadan dalam satu bumbung

Turut menangkap perhatian, ialah kolaborasi antara Fahrenheit88 dan Belokal yang menampilkan lebih daripada 20 gerai yang menjual produk tempatan menerusi “Sama-Sama Raya Bazaar”. Baik koleksi fesyen terkini, aksesori buatan tangan, beg tote, sabun, kasut, pelitup muka, cakap sahaja apa yang dicari, semua ada dekat sini!

Selain itu, mereka yang berbelanja minima RM100 dalam satu resit di Fahrenheit88 dapat menebus ganjaran menarik menerusi tawaran “Lucky Raya Rewards” yang sah hingga 31 Mei 2021!

berkonsepkan rimbunan raya, fahrenheit88 tawar pelbagai bazaar ramadan dalam satu bumbung

Tidak ketinggalan, mereka yang berbelanja minimum RM150 dalam satu resit turut tidak ketinggalan daripada menikmati tawaran istimewa berupa “Fahrenheit88 Special Raya Cookies” yang berharga hanya RM1.