Tak Sampai Seminggu, Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa Kutip RM1 Juta!

Tidak sampai seminggu dikeluarkan, filem terbitan Astro Shaw dan produksi Enjit-Enjit Semut iaitu Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa berjaya meraih kutipan mencecah RM1 juta!

tak sampai seminggu, kampong pisang musikal raya istimewa kutip rm1 juta!

Jumlah tersebut dilaporkan dalam tempoh 4 hari tayangannya di Astro First.

Ia secara tidak langsung mengulangi kejayaan salah satu filem francais Kampong Pisang yang menemui orang ramai pada Ramadan lalu, iaitu 18 Puasa Di Kampong Pisang!

Tidak ketinggalan, mereka yang telah menonton Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa turut berkongsi keterujaan masing-masing di media sosial, rata-ratanya memuji hasil karya Mamat Khalid sebagai tidak pernah mengecewakan.

Selain itu, ada juga yang merasakan bahawa filem muzikal itu sedikit sebanyak telah menyerikan ‘mood’ raya selain jenaka yang dipersembahkan berjaya membawa para penonton lari sebentar daripada tekanan dan kebosanan.

Yang paling mengejutkan, ramai tidak menyangka barisan pelakon utama seperti Bell Ngasri, Nazeera Sardi, Mat London dan Dewa Sapri sebenarnya berbakat dalam menyanyi!

tak sampai seminggu, kampong pisang musikal raya istimewa kutip rm1 juta!

Mamat Khalid selaku pengarah Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa turut meluahkan rasa syukurnya dengan berkata, “Alhamdulillah, filem ini dilihat diterima oleh kebanyakan penonton dan terima kasih kepada semua barisan pelakon, kru dan semua yang terlibat di atas hasil usaha keras dalam menjayakan filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa.

“Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Astro yang sentiasa meletakkan kepercayaan pada saya untuk mengetengahkan karya-karya yang dihasilkan.

“Sokongan padu daripada semua pihak ini menjadi penyuntik semangat untuk saya terus menghasilkan lebih banyak karya berbeza dan menarik. Insya-Allah, nantikan di masa akan datang.”

tak sampai seminggu, kampong pisang musikal raya istimewa kutip rm1 juta!

Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa mengisahkan seluruh penduduk Kampong Pisang yang bersama-sama mengerjakan aktiviti masak sehari sebelum raya. Kesemua karakter dalam filem tersebut kemudian ‘dihimpit’ dengan ‘krisis peribadi’ masing-masing misalnya Husin yang kembali ke kampung bersama kekasih baru Nelly sehingga Cik Chun cemburu dan merajuk kerana cintanya ditolak.

Sementara itu, Barkoba pula dikejutkan dengan kehadiran bekas kekasih yang pernah meninggalkannya dahulu kerana memilih untuk berkahwin dengan lelaki berpangkat pengurus kilang.

Filem tersebut menampilkan Datuk Awie, Kaka Azraf, Kazar Saisi, Aziz M Osman, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Afea Deana, Joey Daud, Nazeera Sardi, Avaa Vanja, Yoep Hitler, Siti Elizad Sharifuddin, Raja Azmi, Imuda dan ramai langgan.

Mereka yang berminat untuk melanggan, boleh ke saluran 480 atau strim di Astro Go atau On Demand.

Hanya dengan RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang!

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.