Tahukah anda, pada Julai tahun lalu satu sistem ujian memandu elektronik telah dijalankan di Johor Bahru.
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, sistem tersebut ini akan diperkenalkan ke seluruh negara.
Calon yang menduduki ujian memandu akan dipantau oleh pegawai JPJ yang bertugas melalui sebuah kamera.
Namun tiada tarikh sebenar bilakah sistem ini akan mula dilaksanakan. Sistem manual pula akan dikekalkan di kawasan yang perkhidmatan internetnya kurang memuaskan.
Buat anda yang menduduki ujian memandu sambil dipantau Pegawai JPJ bertugas, pasti tidak akan melupakan pengalaman ketika mengambil lesen memandu.
Sumber: Amanz