Sweetnya! Kamal Adli Lamar Uqasha Senrose Secara LIVE

sweetnya! kamal adli lamar uqasha senrose atas pentas ame 2020

Akhirnya, teka-teki akan hubungan di antara Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah pun terjawab apabila Kamal Adli telah melamar Uqasha di atas pentas AME 2020 sebentar tadi.

Bukan senang tau nak melamar kekasih hati di atas pentas yang disiarkan secara langsung dan ditonton jutaan penonton. Kamal Adli memang berani lah siap melutut di atas pentas lalu memberikan seutas cincin kepada Uqasha Senrose.

Biarpun pelakon cantik manis, Uqasha Senrose kelihatan seperti malu, dia tetap menerima lamaran tersebut apabila mengambil dan menyarungkan cincin pemberian kekasih hatinya.

Umum mengetahui pasangan sama cantik sama padan Kamal Adli dan Uqasha Senrose sedang mengenali hati budi masing-masing. Kalau tengok gambar pasangan ni dekat Instagram memang sweet betul.

Kami doakan semoga jodoh Kamal Adli dan Uqasha Sensrose akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

 

 

Sumber dan gambar: MeleTOP