Subang Jaya Dah Bertaraf Bandaraya Mulai Hari Ini

subang jaya dah bertaraf bandaraya mulai hari ini

Kerajaan negeri Selangor telah mengumumkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sebagai Majlis Bandaraya mulai hari ini.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, status tersebut telah mendapat perkenan daripada Sulatan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Sukacita saya memaklumkan bahawa Sultan Selangor Darul Ehsan, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta segala daerah takluknya sudah memberi perkenan untuk MPSJ diisytihar menjadi Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) berkuat kuasa hari ini.

"Dengan perkenan oleh Sultan Selangor juga, menurut kuasa-kuasa yang diperuntukkan melalui Subseksyen 10(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976, sukacita saya memaklumkan bahawa Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan dilantik sebagai Datuk Bandar Subang Jaya berkuat kuasa tarikh yang sama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wow, semakin membangun lah Subang Jaya lepas ni.

Sumber: Berita Harian