Skuad Badminton Wanita Kejutkan Jepun!

Kejohanan Badminton Berpasukan Asia dah pun bermula semalam dan Malaysia menang perlawanan pertama. 

Skuad wanita kalahkan juara bertahan, Jepun, 3-2! 

skuad badminton wanita kejutkan jepun!

Fuhhh, bukan main-mainn.. 

Mula-mula motivasi macam dah turun sikit sebab Malaysia kalah 2 perlawanan pertama.  

Perseorangan wanita, S.Kisona dan Eoon Xi Quan kalah kepada lawan masing-masing menyebabkan Malaysia ketinggalan 0-2. 

Rasa macam jauh je nak kejar 2 mata tu kan. 

Tapiii, masuk perlawanan ketiga Malaysia bangkit dan kejar balik Jepun! 

Perseorangan remaja, Siti Nurshuhaini Azman yang first time join kejohanan ni, hadiahkan mata pertama selepas kalahkan lawannya dengan straight set. 

skuad badminton wanita kejutkan jepun!

Lepas tu semangat pemain negara dah naik balik bila Pearly Tan-Valeree Siow menyamakan kedudukan untuk Malaysia kepada 2-2. 

Tibalah masa beregu terakhir negara, Teoh Mei Xing-Anna Cheong beraksi. 

Mereka ni berada dalam prestasi terbaik sebab baru je muncul juara kejohanan Syed Modi di India hujung bulan lalu. 

Mei Xing dan Anna Cheong menang mudah perlawanan ketiga apabila kalahkan lawan dengan straight set, 21-12 dan 21-5 untuk melengkapkan kebangkitan Malaysia! 

Fuh, powerrrrr! 

Seronok-seronok jugak tapi jangan lupakan pemain beregu, M Thinaah yang disahkan positif Covid-19 sebelum perlawanan bermula. 

Kalau tidak, M. Thinaah lah yang akan bergandingan dengan Pearly Tan untuk beregu pertama. 

skuad badminton wanita kejutkan jepun!

Disebabkan COVID, Pearly digandingkan dengan Valeree Siow. 

Sama-sama kita doakan Thinaah cepat sembuh, okay. 

Harini skuad wanita nak lawan India pulak manakala skuad lelaki lawan Singapura. 

Semoga ada berita gembira lagi hari ini daripada atlet-atlet kita. 

Malaysia Boleh! 

 

Oleh Izzati Amir