Baru-baru ini, dunia hiburan dikejutkan apabila selebriti versatile, Alif Satar telah didapati positif COVID-19. Tiada siapa sangka, selebriti yang sangat aktif itu turut dijangkiti virus tersebut.
Selepas melalui proses kuarantin dan pemulihan di sebuah hospital di Melaka, akhirnya, Alif Satar telah berjaya mengharungi ujian tersebut.
Alif telah berkongsi pengalamannya melalui detik-detik getir ini dalam satu video yang dimuat naik dalam akaun YouTube-nya. Video bertajuk, MY QUARANTINE STORY - Alif Satar Part 1 dan berdurasi 18 minit itu telah menyentuh hati ramai orang yang menontonnya
“Sihat Allah bagi, sakit pun Allah bagi. Yang nak sembuhkan Dia juga” – kata Alif di dalam video tersebut.
Selain itu, Alif juga turut bercerita akan kekuasaan Allah swt apabila isteri dan anak-anaknya didapati negative daripada virus tersebut. Alif juga berkata, beliau turut kagum dengan salah seorang ahli keluarganya yang dikenali sebagai Pak Wan kerana berjaya melawan virus itu biarpun usianya mencecah 91 tahun.
Korang kena tengok video ni, confirm akan meleleh air mata. Terima kasih, Alif Satar kerana sudi berkongsi akan pengalaman ini.
Sumber: YouTube Alif Satar