Shopping Dua Jam Je? Susah Nak Kawal!

Esok bermulalah SOP terbaru – setiap pelanggan boleh membeli-belah maksimum 2 jam sahaja.

Mesti ramai yang tertanya-tanya, sempat ke nak beli barang dalam masa sesingkat tu?

Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia setuju dengan langkah kerajaan untuk kawal bilangan pengunjung ke pusat membeli-belah.

Tapi ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan, antaranya pihak pengurusan premis tidak dapat mengesan atau kenal pasti lokasi yang dituju oleh pengunjung.

shopping dua jam je? susah nak kawal!

Langkah yang mungkin dapat dilakukan adalah meletakkan tanda peringatan tentang had masa 2 jam tu di setiap kedai agar pengunjung lebih peka dengan masa yang ditetapkan.

Lagi satu, macam mana nak check MySejahtera pengunjung sama ada dah melebihi masa atau tidak?

Boleh ke pihak pengurusan premis berbuat demikian?

Banyak jugak perkara yang tak jelas mengenai SOP ni.

Mungkin nanti akan ada perincian yang lebih mendalam, sama-sama kita tunggu.

shopping dua jam je? susah nak kawal!

Apa-apa pun, kawalan kendiri oleh pengunjung adalah langkah terbaik dalam pelaksanaan SOP ni.

Kita kena disiplinkan diri, peruntukkan masa 2 jam yang ada dengan sebaik mungkin.

Kalau nak lagi cepat, senaraikan siap-siap barang yang nak dibeli kat rumah.

 

Oleh: Izzati Amir

Bila dah sampai kedai, ambil apa yang perlu, pergi kaunter, bayar, settle!