Semakan Status Rayuan GKP Boleh Dibuat Mulai 22 Jun

semakan status rayuan gkp boleh dibuat mulai 22 jun

Gerak Khas Prihatin merupakan inisiatif pihak kerajaan bagi membantu peniaga PKS mikro dengan bantuan berjumlah RM3000.

Baru-baru ini, pihak kerajaan telah memanjangkan tempoh rayuan sehingga 15 Jun yang lepas apabila terdapat permohonan yang cukup syarat namun tidak lulus.

Berdasarkan laman web LHDN, status rayuan bagi GKP boleh disemak mulai 22 Jun 2020. Rayuan yang lulus pula akan mula menerima bayaran mulai 29 Jun.

Untuk sebarang pertanyaan tentang rayuan GKP, korang boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Sumber: LHDN