Sebelum ni kalau korang tak puas hati dengan keputusan peperiksaan besar seperti SPM, STPM dan lain-lain lagi, korang kena semak secara manual.
Bagaimanapun, selepas ni korang dah boleh buat secara dalam talian. Menurut Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Pkharuddin Ghazali, pihaknya telah pun membangunkan satu sistem teknologi dan sistem tersebut terbukti selamat.
Pihaknya mengambil langkah ini untuk melindungi keselamatan para guru apabila mereka tidak perlu menghadiri mesyuarat secara fizikal ketika pandemik COVID-19 ini.
"Insya-Allah faktor keselamatan semua dah kaji, jadi mereka boleh 'marking' dalam talian.
"(Kertas peperiksaan) akan ada di 'Cloud', bukan di dalam gajet. Jadi, apabila (para guru atau pemeriksa) log off, semua itu berada dalam keadaan selamat.
"Kita telah uji, kita buat ketika pemeriksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); dan peperiksaan ulangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)... 100 peratus secara dalam talian.
"Para guru tanda sahaja markah itu, dan ia akan masuk dalam simpanan dan penjumlahan markah dilakukan secara terus. Ia tidak perlu dipindahkan ke dalam sistem sebab ia sudah ada dalam sistem," katanya ketika temu bual dalam program Agenda AWANI baru-baru ini.
Menurutnya juga, kaedah ini dapat mengurangkan ralat ketika proses pemarkahan
Sumber: Astro Awani