Penularan COVID-19 dalam negara dilihat terus menggila dengan jumlah kes harian berlegar antara dua ke empat ribu sehari
Tidak mengenal jantina dan usia, pandemik ini terus menjangkiti tak kira siapa termasuk selebriti dan terbaru, menteri dan ahli politik.
Kami kongsikan kepada anda beberapa selebriti tanah air yang pernah dan masih dijangkiti wabak COVID-19.
1. Ashraf Muslim
Kredit - mStarOnline
Antara selebriti terawal disahkan positif COVID-19 selepas pulang dari satu penggambaran drama di Scotland pada bulan Mac 2020.
Pelakon beristeri dua ini dibenarkan meninggalkan Hospital Sungai Buloh pada 7 Mei 2020, selepas hampir sebulan dikuarantin.
2. Puteri Aishah
Kredit - The Star
Pelakon ini juga mendapat jangkitan selepas pulang dari satu penggambaran drama yang sama dengan Asraff Muslim di Scotland.
Selain Puteri Aishah dan Ashraf Muslim, pengarah dan beberapa orang kru produkasi drama ini turut dijangkiti wabak COVID-19 dan sembuh.
3. Alif Satar
Kredit - Malay Mail
Selebriti versetail ini mengesahkan dirinya positif COVID-19 pada 22 November 2020 dan dirawat selama 12 hari di Hospital Melaka.
Pendedahan Alif itu menggemparkan rakan-rakan artis lain kerana dia sebelum itu turut terbabit dengan satu pertandingan anugerah lagu.
4. Aepul Roza
Kredit - YouTube
Vokalis Drama Band ini dedahkan, dia positif COVID pada 14 Januari lalu diikuti anak perempuannya yang berusia 5 tahun beberapa hari kemudian.
Difahamkan, buat masa ini, dua beranak itu menjalani kuarantin di rumah mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan.
5. Emma Maembong
Kredit - Instagram Emma Maembong
Pelakon ini mengesahkan, dia dan suami positif COVID-19 juga pada 14 Januari lalu dan kini menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka.
Emma bagaimanapun lega anak sulungnya, Shariq Gabriel yang berusia tiga bulan, tidak dijangkiti virus berkenaan.
6. Mawar Abdul Karim
Kredit - Iluminasi
Usahawan tudung terkenal yang juga bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar ini disahkan positif COVID-19 pada 4 Januari 2021.
Anak perempuannya, Wan Maryam turut dijangkiti namun kedua-duanya disahkan bebas wabak berkenaan pada 18 Januari.
7. PU Rizz
Kredit - Media Hiburan
Pendakwah selebriti ini mendapat jangkitan COVID-19 pada April tahun lalu berkunjung ke Masjid Jamek Seri Petaling berhampiran rumahnya.
Rizz yang dikaitkan dengan Neelofa disahkan negatif dan bebas wabak itu selepas hampir dua minggu dirawat di Hospital Sungai Buloh.
8. Harris Anuar
Kredit - Harris Anuar
Bekas peserta Hero Remaja 2017/2018 ini disahkan positif COVID-19 selepas pulang bercuti dari Pulau Langkawi, awal Januari lalu.
Kisah percutian Harris dan rakannya, Tajuddin Bakar mendapat perhatian netizen kerana didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Apa pun pengalaman yang dilalui mereka ini boleh kita jadikan pengajaran dan sama-sama doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka dan diri kita.
Semoga kita semua terus patuh dengan segala arahan prosedur operasi standard (SOP) agar terhindar daripada wabak penyakit ini.
Oleh: Shah Rahimin Rosle