Selangor Catat Negeri Paling Banyak Lapor Kes Positif COVID-19

selangor catat negeri paling banyak lapor kes positif covid-19

Berdasarkan statistic COVID-19 semalam, negeri Selangor mencatatkan jumlah kes positif COVID-19 paling tinggi dengan 603 kes baharu. Sabah pula mencatatkan rekod sembuh tertinggi dengan 398 kes.

Menurut KKM, jumlah kes positif baharu untuk hari semalam ialah sebanyak 1,096 kes. Daripada jumlah itu, 1090 kes merupakan kes tempatan dan 6 kes merupakan kes import.

Bagaimanapun, jumlah kes sembuh melebihi kes positif dengan 1,104 kes.

Sementara itu, KKM juga melaporkan 3 kes kematian dan secara keseluruhannya menjadikan 335 kes.

Sumber: KKM