Selamat Jalan, Penulis Lirik ‘Lelaki Teragung’ Nyanyian Dayang Nurfaizah Meninggal Dunia

Penulis lirik lagu “Lelaki Teragung” nyanyian Dayang Nurfaizah, iaitu Iman Imran atau nama sebenar Rudy Imran Shamsuddin menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Khamis lalu.

selamat jalan, penulis lirik ‘lelaki teragung’ nyanyian dayang nurfaizah meninggal dunia

Allahyarham yang pernah bergiat sebagai wartawan hiburan untuk sebuah akhbar berbahasa Melayu itu pergi di usia 47 tahun di kediamannya di Semenyih, Selangor akibat menderita kanser usus.

Difahamkan bahawa Allahyarham baru sahaja dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Isnin lepas selepas menerima rawatan lanjut.

Ketika hayatnya, Allahyarham cukup disegani sebagai antara wartawan hiburan tanah air yang juga berkecimpung dalam dunia penulisan lirik.

Antara karya yang memasyhurkan namanya termasuk “Lelaki Teragung” yang dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah.

 

Sumber: [1]