Selalu Tenang, Semalam Datuk Dr Noor Hisham Sebak !

selalu tenang, semalam datuk dr noor hisham sebak !

Rasanya semua rakyat Malaysia memang dah kenal dengan Ketua Pengarah Kesihatan kita kan? Mustahil tak kenal sebab hampir setiap hari sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan sejak Mac lalu, beliau akan muncul di kaca tv.

Sejak pandemik COVID-19 melanda Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah terus memberi perkembangan terkini kepada kita termasuk langkah pencegahan. Beliau juga bertanggungjawab menjawab segala persoalan selain memberikan jawapan dengan jelas serta terperinci.

Selama hampir 3 bulan ini, Datuk Dr Noor Abdullah sentiasa tenang ketika mengadakan sidang media. Walaupun jumlah kes tinggi dan kadar kematian meningkat pada satu ketika, ketenangan beliau memang tak boleh dinafikan. Aura dan kehebatan beliau terserlah sehinggakan dinamakan antara 3 doktor terbaik dunia dalam memerangi COVID-19!

Tapi petang tadi kita nampak sisi lain beliau. Datuk Dr Noor Hisham jelas sebak ketika sidang medianya. Suara Ketua Pengarah Kesihatan kita tersekat-sekat ketika memaklumkan bahawa beliau  bakal kehilangan 'panglimanya' dalam usaha memerangi COVID-19. Ini kerana Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Rohaizat akan bersara wajib selepas berkhidmat selama 35 tahun dalam perkhhidmatan awam. Datuk Dr Noor Hisham turut mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa yang dicurahkan 'panglima'nya itu.

Hanya 2 kes positif baru COVID-19 dicatatkan hari semalam, yang terendah sejak PKP dilaksanakan Mac lalu. Ini juga hari ke-2 berturut-turut tiada warganegara terlibat dengan kes positif. Terima kasih kepada petugas 'frontliners' kita yang berhempas-pulas mengekang penularan COVID-19. Tahniah juga harus diucapkan kepada semua rakyat Malaysia kerana akur dengan arahan PKP. Tapi ingat, kita masih belum menang. Teruskan menjaga kebersihan diri dan amalkan penjarakan sosial. #KitaJagaKita

Oleh: Karami Kamel