Sekolah Hasilkan Lampu Isyarat Untuk Mengawal Tandas Di Sekolah

sekolah hasilkan lampu isyarat untuk mengawal tandas di sekolah

Semenjak pihak KPM sudah membenarkan pelajar tingkatan lima dan enam kembali ke sekolah, banyak prosedur yang ditetapkan dan perlu dipatuhi.

Bagaimanapun, di samping SOP yang ditetapkan, ada juga usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak sekolah.

Contohnya, pihak pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar, Baling Kedah ini telah menghasilkan lampu trafik bagi mengawal keluar masuk di dalam tandas.

Melihat kepada video ini, hanya lima orang sahaja dibenarkan menggunakan tanda dalam satu masa. Jadi, kalau korang masuk, korang perlu tekan lampu itu dan lampu merah akan menyala.

Dengan cara ini, dapatlah pihak sekolah menjaga penjarakan sosial dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Not bad juga idea ni kan?

Sumber: Astro Awani