*foto BERNAMA
Kira-kira sejuta murid kat Malaysia ni sedang belajar kat rumah.
Ni kira kali kedua dalam jumlah besar murid sekolah kat negara ini terpaksa belajar kat rumah gara-gara COVID-19 yang sekarang dalam gelombang ke-3.
Kat Sabah je anggaran setengah juta juga jugaklah murid terlibat sebab semua sekolah kat negeri tu tutup sampailah 25 Oktober ni.
Semalam pulak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) umum hampir 300 sekolah kat daerah Petaling, Selangor tutup...jugak sampai 25 haribulan nanti.
Sekolah yang dah lebih awal diumumkan tutup antaranya kat Klang di Selangor dan jugak Putrajaya.
Kat Perak, Kedah, Terengganu dan Johor pun ada beberapa sekolah kena tutup sementara selepas kes positif COVID-19 dalam kalangan murid dan petugas.
Kesian pun ada bila terbayang tak semua murid lahir dalam keluarga senang dan yang beruntung ada kemudahan internet.
Tu tak termasuk kes adik-beradik ramai yang bersekolah. Gigihlah berebut komputer, laptop ngan telefon bimbit. Aduh!
Teringat pulak cerita anak-anak sedare KJ. Kesudahannya mak ayah kena beli laptop atau paling kurang telefon pintar sorang satu sebab nak memudahkan anak-anak hadir kelas maya.
Belum cerita beban tugas cikgu yang nak kena guna segala bentuk akses dan cara kreatif nak pastikan murid tak ketinggalan belajar walaupun kat rumah.
Yang print kertas kerja dan hantar sendiri kat rumah-rumah murid pun ada tau. Terima kasih cikgu.
Mungkin dah sampai masa nak kena guna semula slogan azimat masa memula PKP '#kitajagakita' dulu kot...
Jaga diri baik-baik sebab apa yang jadi kat kita dan apa yang kita buat akan bagi kesan kat keluarga dan jugak orang lain. Kita bukannya solo kat dunia ni.
Dah nak hujung tahun 2020. Harap-harap kenangan kita tak tersangkut kat cerita COVID-19 je.
Insya-Allah semoga ada jalan.
'Dalam payah ada hikmah'
Oleh:KJ
Sumber & Foto: Astro Awani, BERNAMA, Sinar Harian, Harian Metro & Internet