Tak sampai sebulan dibuka kepada orang ramai, Pintasan Saloma dah tercemar!
Tak percaya? Tapi itulah hakikatnya.
Sampaikan DBKL terpaksa arahkan 100 anggotanya bertugas untuk pastikan tiada individu yang mencemarkan mercu tanda baru KL ni.
Tak cukup dengan tu, CCTV pun akan dipasang untuk pantau pihak tidak bertanggungjawab yang mengotorkan Pintasan Saloma.
Sedih kan? Nampak sangat tahap kesedaran masyarakat kita untuk menjaga harta benda awam masih rendah.
Come on guys, dah 2020 kot!
Jom ubah mentaliti dengan menghargai kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan yang sekaligus dapat menarik ramai pelancong ke negara ini.
Tak susah pun, pastikan korang tak bawa sebarang makanan atau minuman sebab tiada tong sampah disediakan di jambatan tu tau.
Haa ni langkah kerajaan untuk menerapkan mentaliti masyarakat menjaga kebersihan walaupun tanpa tong sampah.
Kalau dah bersih, senang lah nak ambil gambar atau berselfie sepuas-puasnya!
Ingat, kebersihan kemudahan awam, tanggungjawab bersama :)
p/s: Pintasan Saloma merupakan jambatan pejalan kaki sepanjang 370 meter menghubungkan Kampung Baru dan kawasan berdekatan KLCC.
Ni fakta menarik pasal tentang Pintasan Saloma yang korang kena tahu.
Oleh: Izzati Amir