Satu Kes Di Sabah Disyaki Dijangkiti Coronavirus Dari Wuhan Disahkan Negatif

satu kes di sabah disyaki menjangkiti coronavirus dari wuhan

Rakyat Malaysia baru sahaja tergempar dengan berita penyakit Influenza, kini ada penyakit baharu yang tersebar dari Wuhan, China iaitu Coronavirus.

Apa itu Coronavirus? Coronavirus adalah sejenis jangkitan virus yang biasanya ada pada haiwan seperti anjing, khinzir, kucing, kelawar, burung dan unta. Virus ini boleh dijangkiti sesama haiwan-haiwan ini dan atas sebab tertentu boleh juga berjangkit kepada manusia melalui cecair badan seperti air liur, air kecing, najis dan cecair mukosa.

Perkembangan terkini, bilangan pesakit di China yang dijangkiti Coronavirus semakin meningkat hingga lebih daripada 800 bilangan pesakit dan menurut Reuters, 25 bilangan kematian telah dilaporkan di China disebabkan jangkitan ini.

satu kes di sabah disyaki menjangkiti coronavirus dari wuhan

Sebelum ini, pihak media dilaporkan terdapat empat kes di Malaysia yang disyaki menjangkiti penyakit virus ini dan tiga daripada empat kes tersebut telah disahkan negatif penyakit Coronavirus. Sementara seorang lagi pesakit berada dalam pemerhatian. Menurut kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham menyatakan bahawa pesakit tersebut disahkan negatif penyakit Coronavirus dan sebaliknya disebabkan jangkitan Influenza dan berada kini beransur pulih dan berada dalam keadaan stabil.

Kementerian Kesihatan juga menasihatkan rakyat Malaysia untuk tidak digalakkan melawat Wuhan pada masa terdekat ini dan kepada mereka yang telah membuat perancangan untuk ke Wuhan, dinasihati untuk menangguhkan lawatan mereka untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Pemeriksaan kesihatan telah dipergitkan di semua pintu masuk antarabangsa. Pelancong yang disyaki dijangkiti akan dirujuk untuk diperiksa selanjutnya.

Simptom-simptom Coronavirus adalah seperti demam, batuk, pneumonia, kesesakan pernafasan dan dalam beberapa kes, muntah dan cirit-birit.

Sumber: Astro Awani