Satu Kereta Dua Orang, Penumpang Boleh Duduk Di Hadapan

satu kereta dua orang, penumpang boleh duduk di hadapan

Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa perintah menetapkan hanya dua orang satu kereta dari isi rumah yang sama sahaja dibenarkan.

Bagaimanapun, tiada penguatkuasaan terhadap penumpang perlu duduk di belakang sepanjang PKPB. Jadi, boleh je kalau penumpang nak berada di hadapan sekali pun.

Perkara ini memberi penjelasan kepada persoalan yang sedang hangat diperkatakan di media sosial di mana penumpang perlu berada di belakang untuk mengelak daripada didenda sebanyak RM1,000.

Sumber: New Straits Times