Sari Yanti Dan Jep Bakal Menimang Cahaya Mata Lagi

sari yanti dan jep bakal menimang cahaya mata lagi

Tahniah diucapkan kepada pelakon Sari Yanti dan suami, Jep Sepahtu yang telah mengumumkan bahawa mereka bakal menanti kehadiran Yahli baru dalam keluarga.

Sari berkongsi berita gembira itu menerusi sebuah entri di laman Instagram kepunyaannya, bersempena sambutan ulang tahun perkahwinan yang ketiga bersama suami.

sari yanti dan jep bakal menimang cahaya mata lagi

“Alhamdulillah dalam perjalanan kami di usia perkahwinan yang ke 3 tahun kami sedang tunggu kehadiran ahli baru .. insyaallah.

Kami bersyukur dan ucapkan terima kasih banyak banyak atas doa yang baik dari anda semua. Semoga Allah balas yang lebih baik buat anda sekeluarga.”

Menerusi entri tersebut, Sari turut berkongsi bahawa usia kandungan sudah pun mencecah enam bulan.

Sari dan Jep mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang puteri, Dariya Inara yang kini mencecah usia dua tahun.

Sebelum ini, menerusi perkahwinan pertama, Sari mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.

Sumber: Instagram