Setengah Juta Tonton Video Lelaki Ini Sambut Deepavali Bersama Rakan Melayu

Baru-baru ini, semua kaum India di Malaysia baru sahaja meraikan sambutan Deepavali dengan sangat meriah tidak kiralah di mana sahaja mereka berada. 

Di media sosial juga kita dapat tengok betapa meriahnya suasana perayaan Deepavali ini, ada yang berkongsi video bunga api, ramai juga yang tunjuk resepi masak masakan tradisional kaum India dan sebagainya. Memang menarik sangat!

 

@hareeshravi_

SAMBUT HARI DEEPAVALI ❌ SAMBUT HARI DEEPAVALI X HARI RAYA ✅

♬ original sound - RH

 

Tetapi yang paling menarik perhatian di Tiktok, ada seorang pemuda berbangsa India yang berkongsi sebuah video di akaun Tiktoknya tentang cara dia meraikan sambutan Deepavali bersama rakan-rakan kaum Melayunya. 

setengah juta tonton video lelaki ini sambut deepavali bersama rakan melayu

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hareeshravi_, rakan-rakannya yang lain juga terlihat seronok dapat sama-sama meraikan perayaan ini sambil makan makanan tradisional India, bukan selalu nak makan kan? 

setengah juta tonton video lelaki ini sambut deepavali bersama rakan melayu

Katanya, dia tidak mempunyai ramai kawan berbangsa India, jadi dia mengajak rakan-rakan melayunya untuk meraikan perayaan ini bersamanya. Sambutan rumah terbukanya tetap berjalan dengan lancar dan pemuda ini juga turut berasa gembira. 

Rata-rata pengguna Tiktok juga ramai yang meninggalkan komen bahawa mereka teruja melihat persahabatan pemuda ini bersama rakan-rakannya yang lain. 

Sumber: Tiktok @hareeshravi_