Air Zam Zam antara air yang banyak khasiat dan hanya terdapat di tanah suci Mekah serta Madinah. Disebabkan khasiatnya yang tinggi, ramai yang mengambil kesempatan untuk menjualnya kepada orang ramai.
Sebenarnya, salah di sisi undang-undang sekiranya seseorang itu menjual Air Zam Zam. Mungkin ramai yang akan marah dengan perkara ini. Tapi, ketahuilah bahawa undang-undang ini diwujudkan bagi melindungi kesihatan korang semua.
Air Zam Zam ni dikategorikan sebagai air mineral semula jadi. So, setiap air mineral yang dijual wajiblah mendapat lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Buat masa ini, KKM tidak mengeluarkan sebarang lesen untuk menjual Air Zam Zam.
Ok kenapa perlu kawasalan atau lesen untuk menjual Air Zam Zam. Padahal, air je kot, kan?
Disebabkan permintaan yang tinggi, ada orang yang tak bertanggungjawab telah menjual Air Zam Zam tiruan. Isu ni hangat diperkatakan sekitar tahun 2015 dan 2017. Haaa ni masalah utamanya! Bayangkan, korang beli Air Zam Zam 5 liter dengan harga RM60, tapi yang dapat air paip atau air entah dari mana-mana yang tak pasti kondisinya. Tak ke bahaya.
Sebenarnya, kerajaan Arab Saudi mengedarkan Air Zam Zam ni secara percuma je untuk semua jemaah haji dan umrah bagi kegunaan sendiri. So, tak boleh dijual.
Sumber: Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia