Sabar, Ada Sebab Pihak Universiti Tak Benarkan Pelajar Bebas Keluar

Baru-baru ni ada segelintir pihak yang tertanya-tanya, pihak universiti ni ada hak ke nak kawal pergerakan keluar masuk pelajar di kampus?

Isu ni timbul sebab ada pelajar yang katanya tak dibenarkan keluar daripada kampus sejak mendaftar masuk ke universiti.

sabar, ada sebab pihak universiti tak benarkan pelajar bebas keluar 

Jawapannya dah dijelaskan oleh Menteri Kanan Keselamatan semalam, pihak universiti memang ada kuasa untuk kawal pergerakan pelajar di kampus.

Sebabnya, universiti merupakan kawasan persendirian dan mempunyai undang-undang sendiri.

Peraturan yang ketat tu tidak lain hanyalah untuk menjaga kepentingan dan keselamatan pelajar.

Bayangkan kalau pelajar bebas untuk keluar masuk kampus, kita tak tahu mereka berjumpa dengan siapa, pergi ke mana.

Tau-tau je dah positif Covid-19 dan menjangkiti rakan lain di kampus, kan bahaya tu?

sabar, ada sebab pihak universiti tak benarkan pelajar bebas keluar

Adik-adik di kampus tu harapnya dapatlah bersabar dengan peraturan yang ditetapkan, inshaAllah, keadaan akan kembali normal selepas ini.

Apa yang penting patuhi SOP, jaga diri dan jaga orang lain, okay!


Oleh: Izzati Amir