Tahniah! Ini Senarai Pemenang ‘Anugerah Podcast SYOK - Edisi Merdeka’

Kini akhirnya terjawab, senarai pemenang-pemenang ‘Anugerah Podcast SYOK Edisi Merdeka’, peraduan atas talian untuk penyerahan podcast yang dijalankan dari 16 Ogos hingga 5 September di SYOK.

tahniah! ini senarai pemenang ‘anugerah podcast syok - edisi merdeka’

Satu audio podcast dari setiap kategori bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil dipilih berdasarkan jumlah pendengar tertinggi yang diterima dalam tempoh peraduan. Pemenang bagi setiap kategori membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 dan trofi.


Pemenang-pemenang untuk setiap kategori seperti berikut:

  • Bahasa Melayu: Mohd Azree bin Mohd Ariffin dan Mohammad Hafiz bin Abdul Latif, bercakap tentang apa yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara tersendiri, dengan podcast bertajuk ‘Membilang Syukur, Menghitung Nikmat’.
  • Bahasa Inggeris: Shenoj Kuruvilla Vadekethu dan Ivory Anne Butlar Madden, dua sabahat baik membongkar ‘cha’ (rahsia) dalam podcast bertajuk ‘What’s in cha-resting about Malaysia’.
  • Bahasa Tamil: Santhananathan A/L Jeganathan, Hindravel Chandrabose, Sudhankumar A/L Silvakumar, Saara binti Ismail Gani, Anbanathan A/L Poonga (Paul) dan Nireshan A/L Nadarayajan, menawarkan perbincangan mendalam tentang Malaysia dalam podcast bertajuk ‘My Tamil Comedy Club - What’s Interesting About Malaysia’.

 

Semua rakyat Malaysia juga boleh menantikan siaran langsung acara penghargaan bersama pemenang-pemenang yang akan memberi pandangan dan perkongsian menarik tentang perjalanan menyediakan podcast mereka, pada 30 September 2021, 8.30 malam menerusi Facebook dan Instagram SYOK podcast.