SOP Bakal Dikurangkan Daripada 181 Kepada Hanya 10

Kredit foto utama Kosmo!

 

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan kini sudah di peringkat akhir untuk mengurangkan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) daripada 181 yang ada ketika ini hanya kepada 10 SOP.

sop bakal dikurangkan daripada 181 kepada hanya 10

Menurutnya, proses mengurangkan SOP itu dijangka mengambil masa sekitar dua hingga tiga minggu denga  matlamat mengemas kini SOP sebelum beralih kepada fasa endemik.

 

"Buat masa ini, terdapat 181 SOP merangkumi keempat-empat fasa PPN. Menerusi usaha memperkemaskan semula SOP berkenaan, matlamatnya adalah untuk mengurangkannya hanya kepada 10 SOP.

"Langkah memperkemas SOP-SOP yang telah digunapakai selama lebih setahun ini tentunya akan mengambil sedikit masa namun kerajaan komited untuk menyelesaikannya sebelum peralihan ke fasa endemik," katanya.

 

Tambahnya lagi, perkara itu termasuk kelonggaran lain kini sedang diputuskan dan akan diumumkan oleh Perdana Menteri kelak.

"Apa yang paling penting adalah risiko aktiviti yang kita akan longgarkan dan ia bukan mudah.

"Kalau boleh kita mahu buat (kelonggaran) secara menyeluruh, tetapi itu tidak bertanggungjawab," ujarnya.

Beliau mengambil contoh kelonggaran bagi gelembung pelancongan di Langkawi yang dilaksanakan bagi menangani isu kesihatan mental rakyat Malaysia yang telah berkurung dan sekatan yang lama.

 

Sumber: [1]