Roti canai merupakan makanan yang sememangnya popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Lagi-lagi kalau roti canai makan panas-panas dengan kuah dal, memang terangkat. Ada yang suka makan roti canai garing dan ada yang suka makan roti kuah banjir. Tapi kini roti canai diubah suai untuk menjadi tarikan kepada orang ramai.
Korang pernah dengar tak roti canai bentuk ular? Kalau korang nak try rasa kena pergi Kota Baharu Kelantan. Dikatakan hidangan sarapan istimewa ini agak rare serta luar biasa. Tapi dengan bentu ular macam ni untuk sesetengah orang terasa geli nak makan.
Selalunya kita tahu roti canai ditebar dengan berbentuk empat segi atau bulat.Tetapi untuk warung roti canai di kampung Kubur Kuda ini yang pemiliknya bernama Che Harun Ali, beliau membuat sedikit kelainan dimana roti canai yang dibuatnya berbentuk seperti ular.
Don’t jugde the book ya.. kerana ramai yang mengatakan roti canai dibuatnya sedap dan menarik perhatian. Persembahannya menebar roti canai berbentuk ular menarik perhatian orang ramai. Warung itu menjadi viral kerana roti canai yang lain dari yang lain.
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: Rileklah