Bayangkan seorang penghantar makanan wanita telah menempuh perjalanan sejauh 12km selama 40 minit, tiba-tiba dia hanya diberi tip sebanyak AS$8 sahaja.
Perkara tersebut telah menyebabkan penghantar makanan berkenaan naik angin lalu telah mengambil makanan yang dipesan.
Perkara tersebut dilaporkan oleh portal berita terkemuka Daily Star beberapa hari lepas. Video kejadian itu dikatakan telah viral pada laman YouTube dan dipercayai terjadi di Smithtown, Long Island.
Pemesan makanan itu langsung tidak mengendahkan penjelasan daripada rider tersebut. Malah, dia menyatakan bahawa makanannya telah tiba agak lambat dan sepatutnya sampai dalam masa 15 hingga 20 minit.
Disebabkan terlalu marah dengan tindakan customer itu, rider tersebut mengambil keputusan untuk angkat kaki dari rumah tersebut bersamam makanan yang dipesan.
Kalau perkara ini terjadi kepada anda reaksi anda?
Sumber: KOSMO