Mayat seorang remaja lelaki yang dikenali sebagai Mohamad Hakimin Rahim yang berusia 20 tahun telah ditemui oleh ahli keluarganya pada pukul 8.30 pagi tadi.
Tubuh remaja itu ditemui di dasar sungai tempat di mana dia dilaporkan terjatuh. Menurut laporan, beliau terjatuh dari perahu ketika menghantar mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Kejadian berlaku pukul 10 malam apabila mangsa secara tiba-tiba telah pengsan lalu terjatuh ke dalam sungai. Pada waktu itu, mangsa sedang mendayung perahu untuk membawa dua penumpang ke PPS berdekatan Kampung Manjor.
Menurut laporan juga, mangsa terlalu penat selepas membantu penduduk kampung dari awal pagi hingga malam. Malah, beliau juga dilaporkan telah mengalami kekejangan pada tubuh badan berikutan cuaca sejuk.
Semoga segala amal baik mangsa diterima Allah swt. Sama-sama lah kita doakan agar segala bencana ini akan berakhir segera.
Sumber: Harian Metro