Rayuan Akaun 1 KWSP

rayuan akaun 1 kwsp

Ramai yang harap ada berita baik dalam pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat ini. Bukan pasal gula-gula tapi demi kelangsungan hidup. Semuanya akibat pandemik COVID-19 yang berpanjangan.  

Ramai yang hilang kerja. Ramai yang alami tekanan kewangan. Disebabkan tu, ramai juga harap dibenarkan keluar simpanan daripada Akaun 1 KWSP. 

Baru-baru ini kami ada buat undian pendapat pasal ni. Keputusannya hampir 76 peratus responden setuju. Walaupun undian ni tak mewakili semua pencarum tapi mungkin boleh bagi sikit bayangan tentang harapan golongan B40 dan M40 dalam Belanjawan 2021 nanti. 

Pengalisis ekonomi, Dato’ Dr Madeline Berma pun sependapat. Menurut beliau memang betul KWSP untuk simpanan hari tua tapi memandangkan situasi COVID-19 memberi impak tak terjangka jadi wajar ada sikit kelonggaran.

rayuan akaun 1 kwsp

Kata beliau lagi, simpanan KWSP ni juga ibarat insurans pada saat pencarum amat memerlukannya. Jadi mungkin inilah saatnya. 

Taaapi…haaa ada tapinya…Mestilah ada syarat tertentu dan duit pun bukanlah bagi sedebuk RM10,000 sekaligus macam tu je. Contohnya bagi kat pencarum golongan B40, M40 dan OKU je. Duit pulak mungkin boleh diambil secara bulanan sehinggalah mencecah jumlah pengeluaran dibenarkan. Ha camtu ðŸ˜Š 

Pada masa sama kita pun faham kenapa KWSP berat hati nak setuju. KWSP sebelum ni pernah bagitau 71 peratus ahli cuma ada kurang daripada RM50,000 dalam simpanan mereka. Ni bermakna bila bersara nanti mereka hanya ada RM208 sebulan untuk jalani hidup untuk kira-kira 20 tahun. Lebih jelasnya, duit simpanan mereka sebenarnya tak cukup untuk kehidupan selesa lepas bersara â˜¹ 

Semoga ada berita melegakan dalam pembentangan Belanjawan 2021 nanti. Kita pun tak tau ‘Kisah Akaun 1 KWSP’ akan muncul atau tak dalam pembentangan tu nanti. Paling penting nasib golongan memerlukan dibela dan mereka rasa ditolong serta diutamakan. Kalau tak dapat penyelesaian menang-menang mungkin dapat penyelesaian tak kalah teruk semua pihak pun dah memadai. KJ pun turut sama mendoakan. Doa untuk semua. 

 

Oleh: KJ 

Kredit sumber & foto: AWANI, Dato’ Dr Madeline Berma (Penganalisis Ekonomi), BERNAMA, Berita Harian, Sinar Harian, Harian Metro & internet