Rakyat Malaysia Baik Hati

Mesti sudah banyak yang mendengar cerita tentang kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan berjam jam, sampai 24 jam pun ada, ada yang tidur dalam kereta, semuanya akibat banjir yang menyebabkan kenderaan mereka tidak boleh lalu jalan tersebut. 

Dalam kesusahan, rakyat Malaysia sememangnya tidak lokek untuk membantu orang lain. 

@imimaysrunnia melalui twitter bercerita tentang ibu bapa mertua beliau telah berkongsi ikan yang dibawa balik dari bercuti dengan pemandu pemandu lain yang terperangkap di dalam kesesakan yang sama disebabkan kenderaan mereka tidak boleh lalu. 

Bagi mereka yang menggunakan Jalan Bukit Damai – Mempaga, penduduk Felda Lakum bergotong royong untuk memberikan air serta roti kepada pemandu yang melalui kawasan ini.

(Video credit @ghaibbuskers)

Siapa tidak kenal Ebit Lew serta pasukan beliau yang sentiasa ringan tangan untuk membantu mereka yang memerlukan. Bersama sama dengan 10 kenderaan pacuan 4 roda meredah banjir untuk memberi bantuan kepada mereka yang terjejas. 

Apa yang pasti, ramai lagi yang menghulurkan bantuan tetapi tidak mendapat perhatian dalam media sosial. Apapun rakyat Malaysia berterima kasih kepada anda yang sentiasa bermurah hati dan mendoakan murah rezeki kepada anda semua. 

Oleh: Syed Mohd Latif