Canggih! RFID & ANPR Di Semua Plaza Tol PLUS Mulai Tahun Depan

Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS) merupakan pengendali lebuh raya bertol yang disenaraikan paling terbesar di Asia Tenggara, Asia, dan kelapan paling terbesar di dunia.

canggih! rfid & anpr di semua plaza tol plus mulai tahun depan

Pengguna PLUS ketika ini mempunyai pilihan untuk menggunakan Touch N’ Go atau SmartTag di plaza tol kendalian PLUS. Namun mulai tahun hadapan, pengguna bakal diberi pilihan untuk menggunakan sistem teknologi pengecaman frekuensi radio (RFID).

 

RFID merupakan teknologi kad pintar tanpa sentuh yang memboleh pengguna melalui palang tol tanpa perlu membuka tingkap atau beratur panjang.

canggih! rfid & anpr di semua plaza tol plus mulai tahun depan

Sistem RFID sudahpun mula diintegrasi di beberapa plaza tol PLUS bermula 12 Disember 2021 dan bakal diperluas ke semua plaza tol PLUS awal tahun hadapan.

 

Integrasi RFID pada plaza tol PLUS ini turut menyertakan sistem pengecam nombor plat automatik (ANPR). Ia adalah dalam memastikan dan memberi lapisan kedua untuk menyemak lokasi sesuatu kenderaan bergerak masuk dan juga keluar.

 

Ujian rintis yang dilakukan PLUS sejak Julai 2020 di Hutan Kampung Sungai Dua menunjukkan kenderaan boleh bergerak melepasi plaza tol pada kelajuan sehingga 30km/j, dan mengurangkan kesesakan pada plaza tol berbanding sistem SmartTag yang mengehadkan perjalanan pada kelajuan 20km/j.

 

Lebih memudahkan pengguna apabila RFID menggunakan baki pada dompet digital Touch n Go eWallet, yang boleh ditambahnilai secara atas talian pada bila-bila masa.

 

Sumber: Astro AWANI