“Pukul Berapa Pasar Buka?”, Lihat Operasi Perniagaan Masa PKP Disini

“pukul berapa pasar buka?”, lihat operasi perniagaan masa pkp disini

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan telah bermula daripada 13 Januari sehingga 26 Januari 2021, dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 dinegara ini.

Sehubungan itu, orang ramai dalam kawasan PKP adalah dilarang untuk merentasi daerah dan negeri dengan mengikut pada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Antaranya adalah menghadkan operasi perniagaan bagi kawasan ini seperti berikut:

1. Perkhidmatan makanan seperti restoran, kedai makan, gerai, kenderaan bersaji, penjaja dan medan selera = 6 pagi hingga 8 malam.

2. Pasaraya mini, kedai serbaneka, kedai runcit, kedai keperluan harian = 6 pagi hingga 8 malam.

3. Farmasi, pusat dialisis, pusat fisioterapi, klinik haiwan dan kedai makanan haiwan = 6 pagi hingga 8 malam.

4. Hospital dan klinik = 24 jam

5. Pasar harian dan pasar tani = 7 pagi hingga 2 petang

6. Stesen minyak bersama serbaneka (kecuali di lebuhraya dibenarkan operasi 24 jam) = 6 pagi hingga 10 malam.

7. Pasar borong = 12 tengah malam hingga 6 pagi, dan 11 pagi hingga 4 petang.

8. Kompleks beli belah = 6 pagi hingga 8 malam

9. Bengkel kenderaan, hardware, kedai perabot, pajak gadai dan dobi = 6 pagi hingga 8 malam.

Orang ramai dinasihatkan untuk kekal berada dalam rumah dan tidak berada ditempat yang sesak serta perlu memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.

Sumber: Twitter @AstroRadioNews