Pokok Tumbang Dekat Muzium Negara Hempap Kereta Dan Motosikal

Hujan lebat sejak tengahari semalam mengakibatkan sebatang pokok besar tumbang sehingga menghempap sebuah kereta Proton Saga putih dan sebuah motosikal.

pokok tumbang dekat muzium negara hempap kereta dan motosikal

Pihak ITIS DBKL ketika menerima laporan kejadian ini sekitar 3.00 petang telah diarahkan untuk menutup laluan dari Balai Polis Travers ke Muzium Negara bagi menghalang penambahan trafik di kawasan kejadian.

pokok tumbang dekat muzium negara hempap kereta dan motosikal

Difahamkan, pihak bomba KL dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berada di lokasi kejadian bagi proses mengalih serta menyelamat. 

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Anuar Omar berkata kejadian pokok tumbang itu berikutan daripada hujan lebat dan angin kencang. Menurut beliau juga, penunggang motosikal yang dihempap itu mengalami kecederaan ringan pada bahagian kaki dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan. Pemandu dan penumpang kereta terbabit pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

pokok tumbang dekat muzium negara hempap kereta dan motosikal

Kerja-kerja pembersihan dan pengalihan pokok itu dilaporkan selesai pada jam 9.00 malam.

 

Oleh: Abdul Rahman