Pilu, Adik Muhammad Aming Sempat Titip Pesanan Terakhir Sebelum Pergi Selamanya

Khamis lalu, orang ramai dikejutkan dengan berita mengenai pemergian si cilik bernama Muhammad Aming Salleh Abdullah yang begitu mesra di media sosial menerusi video-video nasihatnya.

pilu, adik muhammad aming sempat titip pesanan terakhir sebelum pergi selamanya

Bagaimanapun, video terakhirnya mengundang sayu berikutan pesanannya yang seolah-olah meminta orang ramai agar ‘menjaga diri’.

Titip adik Muhammad, dia menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Memetik laporan Astro Awani, ibunya, Santi Sabri berkata anak bongsu daripada empat adik beradik itu meninggal dunia di kediamannya di Jalan Kuhara di sini, selepas mengalami sesak nafas kira-kira jam 1.30 pagi.

“Anak saya sihat sahaja berlari-lari lagi semalam, malah sempat angkat barang dan membantu saya berjual di Pasar Sin Onn kelmarin. Kira-kira 12 tengah malam tadi dia mahu makan mi segera dan sejam kemudian tiba-tiba dia melaungkan azan dan solat, sebelum meninggal dunia,” ujarnya.

Santi bagaimanapun, reda terhadap ketentuan Illahi dan menganggap bahawa ia ujian buat mereka sekeluarga.

Sementara itu, bapa Allahyarham, Alip Mohamad, turut memaklumkan bahawa anaknya itu merupakan penghidap penyakit asma dan mudah lelah.

 

Sumber: [1]