Pertama Kali Dalam Sejarah Angka Kes Positif Harian Mencecah 3,000 Kes

pertama kali dalam sejarah angka kes positif harian mencecah 3,000 kes

Statistik terkini COVID-19 untuk hari semalam benar-benar mengejutkan dan seharusnya tidak dipandang endah. Buat pertama kalinya, angka kes positif harian mencecah 3,000 kes.

Untuk 6 Januari, KKM telah melaporkan 3,027 kes positif baharu di negara kita. Daripada jumlah itu, 3,021 daripadanya merupakan kes tempatan dan enam kes import. Secara keseluruhannya, angka kes positif COVID-19 mencecah 128,465 kes di Malaysia.

Jumlah kes akif pula adalah sebanyak 25,221. Daripada jumlah tersebut, 142 kes daripanya ditempatkan di ICU dan 63 diberi bantuan alat pernafasan.

Jumlah kematian turut meningkat apabila lapan kematian baharu dicatatkan. Secara keseluruhannya, terdapat 521 kes kematian di negara kita.

Bagaimanapun, jumlah kes sembuh pula terdapat 2,145 kes. Angka kes sembuh adalah sebanyak 102, 723 kes secara keseluruhannya.