Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Di Enam Negeri Bermula 13 Januari Ini

perintah kawalan pergerakan (pkp) di enam negeri bermula 13 januari ini

Sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan sidang media khas berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Dalam sidang media tersebut, beliau telah memaklumkan kerajaan telah memutuskan untuk menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada tiga peringkat.

 Pertama, PKP ke atas enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

 Kedua, PKP Bersyarat (PKPB) ke atas enam buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan

Ketiga, PKP Pemulihan (PKPP) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.

Perintah kawalan ini akan mula berkuatkuasa pada 12.01 tengah malam, 13 Januari 2021 (Rabu) sehingga 26 Januari 2021.