Penjual Buah Di Kedah Lelong Harga Durian Dengan Niat Semua Orang Dapat Merasa

penjual buah di kedah lelong harga durian dengan niat semua orang dapat merasa

Musim durian nampaknya sudah tiba. Sana sini bercerita pasal durian. Walaupun dunia dilanda COVID-19, namun kemeriahan berkaitan durian tetap rancak.

Semenjak dua menjak ni banyak berita tentang peniaga yang mengambil kesempatan dengan menjual buah durian dengan harga yang tinggi.

Bagaimanapun, masih terdapat peniaga yang prihatin dan memahami keinginan orang ramai. Sebab tu lah salah seorang peniaga buah durian di Jitra, Kedah, Mohd Azizi Azizan,29, sanggup menjual raja buah tersebut dengan harga yang jauh lebih murah.

Azizi mendapat bekalan durian dari Balik Pulau, Pulau Pinang dan Batu Kurau, Perak. Dia menjual durian kampung yang diambilnya dengan harga RM6 sekilo hingga RM10 sekilo. Murahnya! Walhal dekat tempat lain ada yang jual sehingga RM60 dengan berat yang sama.

"Bagi saya dengan harga RM6 ini memang berpatutan... hari ini saya buat promosi 10 kilogram (durian) RM60. Insya-Allah kita akan bagi berterusan... buah pun tengah banyak berlori-lori sampai.

"Memang tidak mahal boleh makanlah. Sebelum PKP mungkin harga mahal tapi dalam (fasa) PKPP kami mampu jual sekilogram RM6," katanya.
Sumber dan gambar: Astro Awani


"Memang tidak mahal boleh makanlah. Sebelum PKP mungkin harga mahal tapi dalam (fasa) PKPP kami mampu jual sekilogram RM6," katanya.

 

Sumber dan gambar: Astro Awani