Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan Bakal Terima Bantuan Khas Aidilfitri

penjawat awam dan pesara kerajaan bakal terima bantuan khas aidilfitri

Tak sampai dua minggu kita semua akan menyambut hari raya aidilfitri. Nampaknya, sambutan raya tahun ni sangatlah berbeza berbanding tahun-tahun lepas.

Bagaimanapun, pihak kerajaan dah bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Aidilfitri tahun 2020 kepada Pegawai Perkhidataman Awam Persekutuan dan juga pesara kerajaan yang menerima pencen.

Menurut Ketua Pengarah Perkhidataman Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Pegawai Perkhidataman Persekutuan Gred 56 dan ke bawah akan menerima RM500. Manakala, pesara kerajaan menerima pencen pula akan menerima RM250.

Jadi, dah dapat duit tu gunalah dengan sebaiknya ya. Jika ada lebih, hulurkan kepada mereka yang memerlukan. Tak salah kita berkongsi rezeki kan?

Sumber: Sinar Harian