Penduduk di kawasan zon hijau diingatkan agar jangan ambil mudah dengan status kawasan setempat. Biarpun kawasan tersebut diklafikasikan sebagai zon hijau, namun arahan PKP dan norma baru harus dipraktikan.
Menurut Dr Noor Hisham Abdullah, KKM rasa agak bimbang dengan sikap yang ditunjukkan oleh penduduk di kawasan zon hijau.
"Penduduk zon hijau juga sudah mulai ambil mudah situasi tiada kes baharu dilaporkan dan ini semestinya merisaukan Kementerian Kesihatan.”
“Virus COVID-19 adalah musuh kita bersama, namun harus diingatkan bahawa kelalaian dan sikap ambil mudah masyarakat pula adalah sekutu kepada virus ini.
Jadi, kepada penduduk di zon hijau, terus mengamalkan jarak sosial sekurang-kurangnya satu meter serta menjaga kebersihan diri yang tinggi.
Sumber: Astro Awani