PdPR Kat Restoran?

Memang banyak cabaran Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ni. Mak ayah, murid dan cikgu…semuanya. Macam berperang pun ada. 

Bagi cikgu, antara cabarannya nak penuhi keperluan puluhan anak murid supaya sampai ilmu. Lain latar belakang lainlah caranya. Sebab tu kalau tengok sekarang macam-macam cara cikgu berkreativiti sampailah buat akaun TikTok sebab nak mencapai minat murid. 

Itu bab nak sampaikan ilmu. Tang dugaan mak ayah pun tak kurang hebat. Sedangkan yang lengkap semua pun belum tentu ilmu tu ‘masuk’, ni pulak yang ada banyak kekangan. Internet kejap OK kejap KO. Nak sediakan peranti lagi…paling kurang pun telefon pintar yang asas. Nak sediakan data internet lagi…aduhhh! KJ pun tumpang rasa perit. Yelah bukan 2-3 minit sebab kadang tu kelas dalam talian perlu diadakan walaupun boleh guna PdPR cara lain. 

Kalau ikut maklumat daripada ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli, ada mak ayah sampai tekad parkir kereta kat kawasan pasar raya bawak anak-anak. Sebab apa? Sebab nak tumpang WiFi percuma. Sampai berjam-jam demi nak pastikan anak-anak dapat ikuti PdPR. Itu cerita kemiskinan bandar, belum cerita lagi cabaran kat pendalaman. Bergenang air mata.  

Prihatin dengan kisah tadi tu, Mohd Shaid pelawa mak ayah yang tak berkemampuan bawak anak ikuti PdPR kat sebuah restoran kat Puncak Alam, Selangor. Eh! Biar betul? Ya betul!

pdpr kat restoran?

Kata beliau kepada Sinar Harian, perkara tu dah dapat persetujuan dan kerjasama pemilik restoran. Bukan tu je, makanan tengah hari pun disediakan percuma! Ujar beliau lagi, restoran tu ada ruang selesa dan kemudahan WiFi jadi sesuailah untuk suasana belajar. Lagipun premis makanan belum diterima menerima pelanggan makan kat premis masa PKP 2.0 ini. Jadi mungkin lebih baik guna untuk urusan yang mendatangkan faedah, lebih-lebih lagi nak tolong orang susah. 

Bagi KJ kalau dah dapat kelulusan pihak berkuasa dan mematuhi SOP maka usaha yang murni patut disokong. Ringkaskan. Permudahkan. Itu yang terbaik. 

Selamat belajar!

Oleh: KJ 

Sumber & foto: Sinar Harian, AWANI & Internet