Pastikan Korang Buat Permohonan Bantuan Prihatin Nasional Dekat Tiga Website Ni Je!

pastikan korang buat permohonan bantuan prihatin nasional dekat tiga website ni je!

Baru-baru ni, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memgumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 Billion.

Dalam pakej Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tersebut, RM10 Billion telah diperuntukkan kepada rakyat yang layak mengikut kelas dan kategori tertentu.

Jadi, kalau korang termasuk dalam kumpulan yang layak, pastika korang buat permohonan atau semakan di tiga website ini sahaja.

1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
2) Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
3) Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

Menurut Astro Awani, kalau tak tersenarai lagi, korang dah boleh mula buat permohonan di portal-portal tersebut.

Jangan sesekali berikan maklumat peribadi kepada orang pihak lain yang mungkin menyamar sebagai ejen atau sesiapa sahaja.

Sumber: Astro Awani