Pakej PRIHATIN: Kerajaan Dah Luluskan 1.5 Juta Permohonan Pengeluaran KWSP

pakej prihatin: kerajaan dah luluskan 1.5 juta permohonan pengeluaran kwsp

Salah satu inisiatif kerajaan untuk rakyat bagi mengurangkan beban mereka menghadapi krisis COVID-19 ini adalah dengan membenarkan rakyat mengeluarkan wang dari akaun simpanan KWSP.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, kerajaan telah pun meluluskan 1.5 juta permohonan daripada jumlah keseluruhan iaitu sebanyak 2.8 juta permohonan. Secara keseluruhannya, ia melibatkan pengeluaran berjumlah RM702 juta.

Melalui Pakej PRIHATIN, pemilik akaun KWSP dibenarkan mengeluar RM 500 maksimum pada setiap bulan selama 12 bulan. Mereka boleh melakukan pengeluaran pada Akaun 2. Menteri Kewangan mengharapkan, dengan pengeluaran ini dapatlah mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi detik kesukaran disebabkan oleh COVID-19 ini.

Kalau korang dah buat permohonan, boleh lah cek. Make sure gunakan duit ini sebaiknya, ya!

Sumber: Astro Awani