Pakej PRIHATIN: Tak Sampai Dua Minggu Rayuan BPN Akan Ditutup, Bertindak Segera!

pakej prihatin: tak sampai dua minggu rayuan bpn akan ditutup, bertindak segera!

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) merupakan salah satu inisiatif rakyat di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin). BPN ni bantuan yang disalurkan kepada rakyat untuk menghadapi detik kesukaran sepanjang pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, selepas keputusan permohonan fasa kedua  masih ramai yang tidak lulus biarpun mereka merasakan layak.

Disebabkan oleh itu, pihak kerajaan telah memanjangkan tempoh rayuan sehingga 31 Mei ini. Jadi, kepada mereka yang mahu membuat rayuan, segeralah lakukan sekarang.

Korang boleh menghantar surat rayuan melaui e-mel rayuanbpn@hasil.gov.my atau korang hadir bersama dokumen ke mana-mana pejabat LHDN terdekat.