Pakej PRIHATIN merupakan satu inisiatif pihak kerajaan kepada seluruh rakyat untuk menghadapi pandemik COVID-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kalau sebut soal bantuan, mesti orang akan ingat pasal duit je kan. Tapi sebenarnya ada lagi bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan.
Antara bantuan yang terdapat di dalam pakej itu adalah data internet percuma 1GB setiap hari. Data ni korang boleh guna di antara pukul 8 pagi hingga 6 petang. Tawaran ini bermula 1 April hinggalah tamat tempoh PKP.
Selain itu, korang juga tidak dikenakan sebarang caj jika membuat panggilan ke hotline Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC0, Pusat Pengurusan Operasi Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri.
Haaa jadi, gunakanlah kemudahan ini dengan sebaiknya ya!
Sumber: mcmc.gov.my