Baru-baru ini ketika Perdana Menteri mengumumkan Pakej Prihatin, salah satu perkara yang disentuh adalah tentang bayaran PTPTN.
Melalui pakej ini, pihak kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan para peminjam menangguh pembayaran pinjaman mereka. Para peminjam dibenarkan menangguh selama enam bulan dan ini melibatkan kutipan sebanyak RM750 juta.
Bukan itu sahaja, peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran atau PTPK turut dibenarkan menanggug bayaran mereka dalam tempoh masa yang sama. Anggaran kutipan sebanyak RM149.2 juta secara keseluruhan.
Perkara ini akan melibatkan 174,500 orang peminjam di seluruh negara. Maka, korang tak perlu lah nak bayar pinjaman tu bermula 1 April 2020 hingga 30 September 2020.
Sumber: Astro Awani