Kementeria Kewangan menyatakan mereka akan membayar wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) fasa kedua selewat-lewatnya hujung minggu ini.
Berdasarkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi fasa dua ini kerajaan memperuntukkan wang berjumlah RM2.36 bilion.
“Daripada kesemua 8.3 juta pemohon yang diluluskan, pembayaran bagi fasa pertama telah selesai sebanyak 96 peratus, manakala bagi fasa kedua yang masih berjalan dan kini di tahap 49 peratus.
“Agihan ini akan melibatkan 800,000 penerima dengan jumlah peruntukan RM300 juta.
“Pembayaran fasa kedua akan dibuat minggu ini dan bagi mereka yang mempunyai masalah akaun boleh terus ke kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 14 Mei,” katanya ketika pembentangan pakej prihatin pada Selasa.
sumber: Astro Awani