Pakej PRIHATIN: KWSP Telah Mula Kreditkan Wang Ke Akaun Pemohon

pakej prihatin: kwsp telah mula kreditkan wang ke akaun pemohon

Bagi pemegang akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membuat permohonan untuk melakukan pengeluaran i-Lestari, korang dah boleh semak wang korang.

Ini kerana KWSP telah mula mengkreditkan wang ke dalam akaun pemohon pengeluaran i-Lestari. KWSP mula melakukan pengkreditan pada 4 Mei dan akan berterusan sehingga 18 Mei.

Menurut KWSP, pemohon akan dimaklumkan melalui i-Lestari Online sejurus wang dikreditkan ke dalam akaun bank mereka.

Satu pesanan untuk korang, kalau duit tak masuk lagi diharapkan bersabar. Ini kerana proses pelepasan bayaran bergantung kepada pihak bank masing-masing dan mungkin memakan masa satu hingga tiga hari dari tarikg pindahan yang dilakukan oleh pihak KWSP.

Sekadar peringatan untuk korang semua, dah dapat duit KWSP tu gunalah sebaik-baiknya. Utamakan untuk beli kepentingan dahulu daripada keperluan ya!

Sumber: Astro Awani