Pakej PRIHATIN: Jangan Gelabah, Kerajaan Dah Peruntukan RM1 Bilion Untuk Dana Jaminan Makanan

pakej prihatin: jangan gelabah, kerajaan dah peruntukan rm1 bilion untuk dana jaminan makanan

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni ramai yang risau soal makanan. Sebab tu ada yang gelabah menambah stok makanan seolah-olah bekalan makanan tidak akan mencukupi.

Jika korang merasakan perkara sedemikian, korang salah. Ini kerana kerajaan telah pun memberi jaminan bahawa belakan makanan akan terjamin dan mencukupi.

Untuk pengetahuan korang, salah satu langkah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan makanan terjamin dan mencukupi, RM 1 bilion telah disalurkan kepada Dana Jaminan Makanan. Bukan tu je, kerajaan juga terus menyalurkan pelbagai bantuan kepada petani, penternak dan nelayan untuk menggalakkan pengeluaran domestic.

Haaa banyak tu. Jadi, tak perlu lah korang nak buat panic buying dan beli makanan yang bukan-bukan. Stok makanan sentiasa je ada ok?

Sumber: Booklet PRIHATIN