Pakej PRIHATIN: Formula 6R Digunakan Untuk Pelaksanaan Pakej Prihatin

pakej prihatin: formula 6r digunakan untuk pelaksanaan pakej prihatin

Sekitar jam 1:30 tengah hari tadi, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul telah membentangkan perkongsian laporan ke-4 pencapan Prihatin – Laksana melalui akaun Facebooknya.

Pelaksanaan Pakej Prihatin telah menggunakan formula 6R. Formula ini bukan sahaja meliputi bantuan tetapi juga usaha kerajaan bagi melawan wabak COVID-19.

Berikut adalah Laporan Pelaksanaan Pakej Prihtin 6R

1- Resolve- Ketegasan dalam mengawal COVID-19 melalui pelaksanaan PKP

2- Resilience- Membina ketahanan melalui pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN demi kelangsungan rakyat dan ekonomi.

3- Restart- Menjala semula ekonomi secara teratur dan terkawal

4- Recovery- Melaksanakan strategi pemulihan ekonomi melalui pelan jangka masa pendek atau sederhana.

5- Revitalize- Memperkasa ekonomi secara menyeluruh

6- Reform- Menyusun semula struktur ekonomi untuk kita melangkah ke era ‘New Normal’.

Sumber: Astro Awani